KUMPULAN GENDANG WARISAN TEBRAU. Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 8 September 2011

KUNJUNGAN DARI PENIUP SERUNAI(KHAIRUL HAFIZ) KE PASIR GUDANG 29.7.2011

sesi latihan malam di jalankan di studio kecil rumah khairul di pasir gudang semasa kunjungan peniup serunai(khairul hafiz)

latihan terakhir sebelum rehat seketika sempena menghormati bulan ramadhan..latihan pada malam itu hanya dapat dijalankan dari jam 8.30 -10.00 malam sahaja kerana dikawasan perumahan taman ada waktu tertentu dibenarkan untuk berlatih.alhamdulillah pada malam itu juga kumpulan kami mencuda serunai baru yang kami tempah dan di bawa oleh abg khairul semasa kunjungan beliau..

p/s: terima kasih abg khairul(peniup serunai,serunai fakir)kunjungan gemala kasturi-warisan tebrau

Read more...

SESI LATIHAN PERTAMA 10.7.2011



latihan dijalankan pada setiap hari ahad bermula pada pukul 11 pagi- 1 tghari..alhamdullilah segalanya berjalan lancar ketika latihan walaupun ada ahli yang tidak dapat hadirkan diri dan lambat ketika sesi latihan.taniah kerana yang hadir tidak patah semangat dalam memartabatkan seni melayu walaupun ada sedikit dugaan..

Read more...

ALATAN BERGENDANG WARISAN TEBRAU

Read more...

Rabu, 7 September 2011

MULA PENUBUHAN 2 JULAI 2011

detik permulaan perjalanan sekumpulan anak muda dari persatuan seni silat gerak tepat(gelanggang pasir gudang) yang mencintai adat dan budaya bangsa mereka iaitu melayu..mengorak langkah dari selatan ke wilayah tengah iaitu kuala lumpur untuk mempelajari cara bergendang aliran utara kendalian gemala kasturi.perjalan kami bermula jam 2 pagi dari selatan tanah air dan sampai di stadium bola sepak kuala lumpur(tempat pertemuan dan permulaan pengajian bergendang aliran utara) pada jam 8 pagi..pada jam 9 pagi maka kami pun memulakan sessi pembelajaran asas pukulan gendang dan meniup serunai sehingga la jam 5 petang.malamnya kami bermalam di rumah serunai fakir(abg khairul hafiz)untuk merehatkan badan yang keletihan..pada keesokan harinya majlis turun tangan pun dijalankan dan menunjukkan sah kami sebagai  pelajar dan pengamal bergendang aliran utara...insyallah kumpulan gendang warisan tebrau ini akan memelihara dan memartabatkan seni budaya melayu.




walaupun patah sayap bertongkatkan paruh,
namun gunung tetap kudaki,kudaki jua,
setapak kami melangkah tidak sekali kami berundur,
malah setapak lagi kami kedepan.

Mati anak jangan adat,
Putih tulang bukan mata,
Warisan akan aku ikat,
Hingga putus akal dan nyawa,


Menyeluk pekasam hingga lengan,
Bara api menjadi arang,
Halangan hanya menjadi cabaran,
Usahaku bukan kepalang,


Angin taufan menghiris isi,
Terbelah bumi menjadi dua,
Bersumpah aku atas nama ini,
Tak kan Melayu hilang di dunia.

Read more...

Isnin, 5 September 2011

LOGO

logo ini telah direka mengikut corak tradisional dimana corak pada logo ini adalah pada zaman kegemilangan melayu dahulu iaitu zaman kesultanan melayu melaka..corak sebegini dipilih adalah kerana ingin mengekalkan tradisi melayu itu sendiri didalam kumpulan gendang warisan tebrau.nama warisan tebrau ini adalah dari guru yang mengajar kami gendang aliran utara mungkin disebabkan kumpulan gendang kami berani di kawasan selat tebrau dan sebagai golongan yang masih cintakan warisan melayu salah satu nya adalah bergendang..

Read more...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP