KUMPULAN GENDANG WARISAN TEBRAU. Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 2 April 2012

bergendang bersama lawi merah,arya putra dan warisan tebrau di majlis mesyuarat agong dan juga khatam persilatan di umbai melaka

antara alatan gendang warisan tebrau
antara ahli2 kumpulan gendang warisan tebrau dan juga ahli persatuan gerak tepat melaka gelanggang pasir gudang,johor.
aksi salah seorang rakan bergendang ddaring kumpulan gendang lawi merah yang turut memeriahkan acara dengan alunan yang bertenaga.
sedang asyik mempalu gendang
tiupan serunai gemersik dari abu huzaifah dari kumpulan arya putra
bergambar bersama warisan tebrau dan lawi merah semasa rehat sebentar dari bergendang

aksi tiupan serunai dari saudara khairul warisan tebrau mengiringi persembahan silat gelanggang pusat

antara aksi layan ketika bergendang ahli warisan tebrau
tiupn bak buluh perindu sunio warisan tebrau
testing dan tuning alatan sebelum bermulanya majlis

Read more...

Selasa, 17 Januari 2012

KUNJUNGAN SEJENAK BERSAMA KUMP.GEMALA KASTURI DAN LAWI MERAH DI DEWAN CHERAS

syukur alhamdullillah kehadrat ALLAH mempertemukan Kump.Warisan Tebrau bersama salah satu daripada ahli KAGEM iaitu Kump.Lawi Merah ketika kunjungan kami di kuala lumpur atas urusan kerja bertarikh 8.1.2012...kami dari Kump.Warisan Tebrau berasa bertuah dapat berjumpa dengan meraka dan dapat la kami berkenalan dengan mereka dalam memartabatkan permainan gendang bangsa melayu. kami juga berharap dimasa akan datang dapat lagi kami berjumpa...INSYAALLAH.

Read more...

Isnin, 16 Januari 2012

kunjungan kedua gemala kasturi 30.12.2011

 Setelah sesampainya En.Khairul hafiz(Gemala Kasturi) dan Sdr.Ejam(Lela Rentaka)
di Pasir Gudang..Mereka merehatkan diri dan berbual santai.
pada mulanya malam itu tiada rancangan untuk bergendang tetapi atas semangat,
kami bergendang juga.
 




Sesi latihan pada 31.12.2011 pada pukul 9 pagi sehingga pukul 1 tengahari.
didalam sesi latihan tersebut kami diajar dengan teknik dan beberapa cara bergendang
untuk menambah baik cara permainan bergendang kami.


pada sebelah malamnya pula seperti biasa ahli warisan tebrau mempunyai latihan silat iaitu dari perguruan SENI SILAT GERAK TEPAT


bergambar sebelum sifu Gemala Kasturi bersama ijam Lela Rentaka sebagai juru foto naik bas untuk pulang ke kuala lumpur.

Read more...

Khamis, 8 September 2011

KUNJUNGAN DARI PENIUP SERUNAI(KHAIRUL HAFIZ) KE PASIR GUDANG 29.7.2011

sesi latihan malam di jalankan di studio kecil rumah khairul di pasir gudang semasa kunjungan peniup serunai(khairul hafiz)

latihan terakhir sebelum rehat seketika sempena menghormati bulan ramadhan..latihan pada malam itu hanya dapat dijalankan dari jam 8.30 -10.00 malam sahaja kerana dikawasan perumahan taman ada waktu tertentu dibenarkan untuk berlatih.alhamdulillah pada malam itu juga kumpulan kami mencuda serunai baru yang kami tempah dan di bawa oleh abg khairul semasa kunjungan beliau..

p/s: terima kasih abg khairul(peniup serunai,serunai fakir)kunjungan gemala kasturi-warisan tebrau

Read more...

SESI LATIHAN PERTAMA 10.7.2011



latihan dijalankan pada setiap hari ahad bermula pada pukul 11 pagi- 1 tghari..alhamdullilah segalanya berjalan lancar ketika latihan walaupun ada ahli yang tidak dapat hadirkan diri dan lambat ketika sesi latihan.taniah kerana yang hadir tidak patah semangat dalam memartabatkan seni melayu walaupun ada sedikit dugaan..
video
video

Read more...

ALATAN BERGENDANG WARISAN TEBRAU

Read more...

Rabu, 7 September 2011

MULA PENUBUHAN 2 JULAI 2011

detik permulaan perjalanan sekumpulan anak muda dari persatuan seni silat gerak tepat(gelanggang pasir gudang) yang mencintai adat dan budaya bangsa mereka iaitu melayu..mengorak langkah dari selatan ke wilayah tengah iaitu kuala lumpur untuk mempelajari cara bergendang aliran utara kendalian gemala kasturi.perjalan kami bermula jam 2 pagi dari selatan tanah air dan sampai di stadium bola sepak kuala lumpur(tempat pertemuan dan permulaan pengajian bergendang aliran utara) pada jam 8 pagi..pada jam 9 pagi maka kami pun memulakan sessi pembelajaran asas pukulan gendang dan meniup serunai sehingga la jam 5 petang.malamnya kami bermalam di rumah serunai fakir(abg khairul hafiz)untuk merehatkan badan yang keletihan..pada keesokan harinya majlis turun tangan pun dijalankan dan menunjukkan sah kami sebagai  pelajar dan pengamal bergendang aliran utara...insyallah kumpulan gendang warisan tebrau ini akan memelihara dan memartabatkan seni budaya melayu.




walaupun patah sayap bertongkatkan paruh,
namun gunung tetap kudaki,kudaki jua,
setapak kami melangkah tidak sekali kami berundur,
malah setapak lagi kami kedepan.

Mati anak jangan adat,
Putih tulang bukan mata,
Warisan akan aku ikat,
Hingga putus akal dan nyawa,


Menyeluk pekasam hingga lengan,
Bara api menjadi arang,
Halangan hanya menjadi cabaran,
Usahaku bukan kepalang,


Angin taufan menghiris isi,
Terbelah bumi menjadi dua,
Bersumpah aku atas nama ini,
Tak kan Melayu hilang di dunia.

Read more...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP