KUMPULAN GENDANG WARISAN TEBRAU. Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 7 September 2011

MULA PENUBUHAN 2 JULAI 2011

detik permulaan perjalanan sekumpulan anak muda dari persatuan seni silat gerak tepat(gelanggang pasir gudang) yang mencintai adat dan budaya bangsa mereka iaitu melayu..mengorak langkah dari selatan ke wilayah tengah iaitu kuala lumpur untuk mempelajari cara bergendang aliran utara kendalian gemala kasturi.perjalan kami bermula jam 2 pagi dari selatan tanah air dan sampai di stadium bola sepak kuala lumpur(tempat pertemuan dan permulaan pengajian bergendang aliran utara) pada jam 8 pagi..pada jam 9 pagi maka kami pun memulakan sessi pembelajaran asas pukulan gendang dan meniup serunai sehingga la jam 5 petang.malamnya kami bermalam di rumah serunai fakir(abg khairul hafiz)untuk merehatkan badan yang keletihan..pada keesokan harinya majlis turun tangan pun dijalankan dan menunjukkan sah kami sebagai  pelajar dan pengamal bergendang aliran utara...insyallah kumpulan gendang warisan tebrau ini akan memelihara dan memartabatkan seni budaya melayu.




walaupun patah sayap bertongkatkan paruh,
namun gunung tetap kudaki,kudaki jua,
setapak kami melangkah tidak sekali kami berundur,
malah setapak lagi kami kedepan.

Mati anak jangan adat,
Putih tulang bukan mata,
Warisan akan aku ikat,
Hingga putus akal dan nyawa,


Menyeluk pekasam hingga lengan,
Bara api menjadi arang,
Halangan hanya menjadi cabaran,
Usahaku bukan kepalang,


Angin taufan menghiris isi,
Terbelah bumi menjadi dua,
Bersumpah aku atas nama ini,
Tak kan Melayu hilang di dunia.

0 comments:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP